Apa Itu B40, M40 dan T20? Maksud & Had Pendapatan Isi Rumah Malaysia
Updated: 6 days ago

Written by Casey Low
Property Consultant | Affordable Housing Specialist
15+ Years of Experience in Residensi Wilayah (RUMAWIP), Rumah Selangorku (LPHS) & Affordable Housing
Published: 10 Nov 2023
Last Updated: 14 Sept 2026
Project status checked: 14 Sept 2026
Sedang cari rumah mampu milik? Lihat projek Residensi Wilayah dan Rumah Selangorku yang sedang dibuka.
Dari segi kuasa memperoleh pendapatan, kelas sosial di Malaysia dikelaskan kepada tiga peringkat pendapatan berbeza – B40, M40, dan T20. Artikel ini akan membincangkan kedua-dua pendapatan isi rumah Malaysia dan pendapatan median Malaysia.
B40, M40, dan T20 merujuk kepada klasifikasi kelas pendapatan isi rumah di Malaysia. B40 mewakili 40% pendapatan terendah, M40 mewakili 40% pendapatan pertengahan manakala T20 mewakili 20% pendapatan isi rumah paling tinggi di Malaysia. Berikut adalah hasil dapatan daripada survei 2022:

Tafsiran B40, M40 Dan T20 Terdapat tiga (3) jenis kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia iaitu:
B40
Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah
Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850
M40
Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan
Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970
T20
Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi
Penduduk Malaysia adalah 20 % terdiri daripada golongan ini
Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas
* Kumpulan isi rumah miskin iaitu berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) di mana nilai PGK nasional sekarang adalah RM2,208 sebulan
B40 dan bantuan yang layak diterima (Apa maksud B40 M40 dan T20)
Kategori B40 merupakan pendapatan isi rumah 40 % terendah di Malaysia. Golongan B40 ini mewakili 3.16 juta isi rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,250
Di antara bantuan atau insentif yang layak diterima golongan B40 termasuklah:
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40)
Skim Perubatan MADANI – diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) di 21 daerah.
Jaringan Prihatin B40 – bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup
Bantuan Warga Emas – Bayaran RM500 sebulan untuk warga emas miskin tegar
mySalam – inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma
Program Perumahan Rakyat Termiskin – mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.
M40 dan bantuan yang layak diterima
Kategori M40 merupakan pendapatan isi rumah 40 % terendah di Malaysia. Golongan M40 ini mewakili 3.16 juta isi rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM5,251 hingga RM11,819. (Apa maksud B40 M40 dan T20)
Di antara bantuan atau insentif yang layak diterima golongan M40 termasuklah:
Potongan kadar cukai pendapatan sehingga 2% mulai 2024 bagi mereka yang mempunyai pendapatan bercukai antara RM35,000 hingga RM100,000.
Pengecualian duti setem sehingga 100% untuk pembelian rumah pertama bernilai RM500,000 dan ke bawah
Pegecualian duti setem sebanyak 75% untuk pembelian rumah pertama bernilai antara RM500,001 hingga RM1 juta
Anda Dalam Kategori B40 atau M40 — Rumah Mana Mungkin Sesuai?
Kategori B40, M40 atau T20 membantu anda memahami kedudukan pendapatan isi rumah secara umum. Namun, kategori ini sahaja tidak menentukan sama ada anda layak membeli rumah atau mendapat pembiayaan.
Untuk pembelian rumah pertama, perkara yang perlu dilihat termasuk:
Pendapatan bersih selepas caruman EPF
Komitmen bulanan seperti pinjaman kereta, PTPTN, kad kredit atau pinjaman peribadi
Status pemilikan rumah
Syarat program seperti Residensi Wilayah, Rumah Selangorku atau PPAM
Harga rumah dan kemampuan bayaran bulanan
Jika anda sedang mempertimbangkan rumah mampu milik di Kuala Lumpur atau Selangor, kami boleh membantu anda membuat semakan awal berdasarkan situasi kewangan anda.
Butang CTA: Semak Kelayakan Rumah Pertama Saya
Semakan awal adalah percuma. Kelayakan program dan kelulusan pembiayaan tertakluk kepada syarat pihak berkuasa serta penilaian bank.
Update 14 Sept 2026: Semakan semula maklumat pendapatan isi rumah berdasarkan data DOSM 2022 dan pautan rujukan rasmi.





Comments