top of page

Update Pembinaan Residensi Ara Melati: Kerja Piling Dijangka Bermula Hujung Oktober 2026

3 Okt
2 min membaca
Update Pembinaan Residensi Ara Melati: Kerja Piling Dijangka Bermula Hujung Oktober 2026
Keadaan tapak Residensi Ara Melati sebelum kerja piling bermula. Gambar tapak adalah untuk rujukan semasa; kerja piling dijangka bermula menjelang hujung Oktober 2026. Click WhatsApp

Ditulis oleh Casey Low & Team

Property Consultant | Affordable Housing Specialist

15+ Years of Experience in Residensi Wilayah (RUMAWIP), Rumah Selangor (LPHS) & Affordable Housing

Tarikh diterbitkan: 3 Oktober 2026

Dikemas kini: 3 Oktober 2026


Sejak kebelakangan ini, antara soalan yang paling banyak kami terima daripada pembeli Residensi Ara Melati ialah:

“Bila sebenarnya projek ini akan mula kerja?”


Kami faham ramai yang sedang menunggu perkembangan di tapak, lebih-lebih lagi selepas projek ini baru sahaja melalui pertukaran nama daripada Residensi Melati kepada Residensi Ara Melati.


Hari ini, kami telah menerima perkembangan terbaru daripada pihak pemaju.

Setakat 3 Oktober 2026, kontraktor untuk kerja cerucuk telah disahkan sebagai MNM Piling Sdn Bhd.

Dengan kontraktor piling kini telah dikenal pasti, projek ini sedang bergerak ke peringkat seterusnya iaitu persediaan tapak dan mobilisasi jentera.


Berdasarkan maklumat terkini yang kami terima, kerja piling disasarkan untuk bermula menjelang penghujung Oktober 2026.

Sudah tentu, tarikh sebenar masih bergantung kepada keadaan tapak dan jadual kerja pemaju. Tetapi sekurang-kurangnya, ini memberi gambaran yang lebih jelas kepada pembeli tentang perkembangan projek setakat ini.


Apa Maksudnya Bila Kerja Piling Bermula?

Secara ringkas, piling ialah antara kerja asas terawal sebelum bangunan tinggi mula dibina.

Jadi jangan risau kalau pada peringkat awal nanti anda belum nampak blok bangunan “naik”. Biasanya pembeli akan mula nampak kemasukan jentera, kerja tanah dan kerja asas terlebih dahulu.

Selepas itu barulah struktur bangunan akan mula kelihatan dengan lebih jelas.


Status Terkini Residensi Ara Melati

Setakat 3 Oktober 2026:

  • Nama projek: Residensi Ara Melati

  • Nama sebelum ini: Residensi Melati

  • Kontraktor piling: MNM Piling Sdn Bhd

  • Peringkat semasa: Persediaan tapak dan mobilisasi

  • Sasaran kerja piling: Hujung Oktober 2026


Kami akan terus mengikuti perkembangan projek ini dan akan berkongsi update baru sekiranya terdapat perubahan atau aktiviti pembinaan yang lebih jelas di tapak.


Residensi Melati Kini Residensi Ara Melati

Untuk yang masih keliru, Residensi Melati dan Residensi Ara Melati adalah projek yang sama.

Nama projek sahaja telah ditukar kepada Residensi Ara Melati.


Kalau anda belum baca update kami mengenai pertukaran nama projek ini, anda boleh baca artikel terdahulu di sini:

Baca: Residensi Melati Kini Dikenali Sebagai Residensi Ara Melati


Mengenai Residensi Ara Melati

Residensi Ara Melati ialah projek perumahan mampu milik di bawah program Residensi Wilayah / RUMAWIP di Setapak, Kuala Lumpur.

Antara maklumat utama projek:

  • Lebih kurang 800 kaki persegi

  • 3 bilik tidur

  • 2 bilik air

  • 1 petak parkir

  • Kemudahan kondominium

  • Lebih kurang 650 meter dari LRT Taman Melati

  • Berdekatan M3 Mall dan kemudahan sekitar Setapak

  • 5 min ke Utac kolej

  • Harga sekitar RM299,960, tertakluk kepada kelayakan dan unit yang masih tersedia


Ada Soalan Tentang Residensi Ara Melati?

Kalau anda sudah daftar, masih menunggu status, atau mahu tahu sama ada masih ada unit yang sesuai, anda boleh terus WhatsApp kami.

Kami juga boleh bantu semak kelayakan dan buat penilaian awal pinjaman tanpa caj.

WhatsApp Casey Low & Team

Kami akan terus update bila ada perkembangan baru dari pihak pemaju.


Nota: Maklumat ini berdasarkan update yang kami terima setakat 3 Oktober 2026. Jadual sebenar pembinaan masih tertakluk kepada keadaan tapak dan program kerja pemaju.



Komen


bottom of page