top of page
Search
Writer's picturecasey low

Apa Itu B40 M40 Dan T20 Maksud Golongan Isi Rumah?


Dari segi kuasa memperoleh pendapatan, kelas sosial di Malaysia dikelaskan kepada tiga peringkat pendapatan berbeza – B40, M40, dan T20. Artikel ini akan membincangkan kedua-dua pendapatan isi rumah Malaysia dan pendapatan median Malaysia.


B40, M40, dan T20 merujuk kepada klasifikasi kelas pendapatan isi rumah di Malaysia. B40 mewakili 40% pendapatan terendah, M40 mewakili 40% pendapatan pertengahan manakala T20 mewakili 20% pendapatan isi rumah paling tinggi di Malaysia. Berikut adalah hasil dapatan daripada survei 2022:


Tafsiran B40, M40 Dan T20 Terdapat tiga (3) jenis kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia iaitu:


B40

  1. Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah

  2. Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini

  3. Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850

M40

  1. Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan

  2. Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini

  3. Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970

T20

  1. Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi

  2. Penduduk Malaysia adalah 20 % terdiri daripada golongan ini

  3. Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas


* Kumpulan isi rumah miskin iaitu berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) di mana nilai PGK nasional sekarang adalah RM2,208 sebulan


B40 dan bantuan yang layak diterima

Kategori B40 merupakan pendapatan isi rumah 40 % terendah di Malaysia. Golongan B40 ini mewakili 3.16 juta isi rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,250


Di antara bantuan atau insentif yang layak diterima golongan B40 termasuklah:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40)

  • Skim Perubatan MADANI – diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) di 21 daerah.

  • Jaringan Prihatin B40 – bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup

  • Bantuan Warga Emas – Bayaran RM500 sebulan untuk warga emas miskin tegar

  • mySalam – inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma

  • Program Perumahan Rakyat Termiskin – mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.

M40 dan bantuan yang layak diterima

Kategori M40 merupakan pendapatan isi rumah 40 % terendah di Malaysia. Golongan M40 ini mewakili 3.16 juta isi rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM5,251 hingga RM11,819.


Di antara bantuan atau insentif yang layak diterima golongan M40 termasuklah:

  • Potongan kadar cukai pendapatan sehingga 2% mulai 2024 bagi mereka yang mempunyai pendapatan bercukai antara RM35,000 hingga RM100,000.

  • Pengecualian duti setem sehingga 100% untuk pembelian rumah pertama bernilai RM500,000 dan ke bawah

  • Pegecualian duti setem sebanyak 75% untuk pembelian rumah pertama bernilai antara RM500,001 hingga RM1 juta



282 views0 comments

Comments


bottom of page