Kenapa Projek RUMAWIP Selalu Cepat Habis? Fahami Rahsia Pelancaran Awal & Cara Elak Terlepas Unit 🏗️
- casey low
- 2 days ago
- 3 min read

Ramai pembeli rumah pertama, terutamanya dari golongan B40, sedang mencari rumah mampu milik yang cepat siap untuk diduduki. Tapi setiap kali projek baharu muncul di portal Residensi Wilayah (RUMAWIP), unit sudah pun habis dalam masa singkat. Kenapa boleh jadi begitu?
1️⃣ Sebab utama: Agensi dah tahu lebih awal
Sebelum sesuatu projek dilancarkan secara rasmi, pihak pemaju dan agensi pemasaran selalunya sudah mendapat maklumat awal tentang projek yang bakal dibangunkan — termasuk lokasi, jenis unit, dan harga.Tujuannya bukan untuk “simpan projek”, tetapi untuk bantu pembeli bersedia lebih awal. Ramai tak tahu bahawa sebelum projek boleh dilancarkan secara rasmi, pemaju perlu melalui banyak prosedur dokumen dan kelulusan seperti:
Kebenaran dari jabatan teknikal dan kerajaan tempatan,
Kelulusan APDL (Advertising Permit & Developer License) daripada KPKT.
Hanya selepas semua ini selesai, barulah pemaju boleh umumkan pelancaran rasmi dan buka jualan secara terbuka.
** Kenapa Projek RUMAWIP Selalu Cepat Habis? Fahami Rahsia Pelancaran Awal & Cara Elak Terlepas Unit
2️⃣ Kenapa agensi umum awal?
Apabila agensi mula kongsi tentang “projek akan datang”, tujuannya supaya pembeli yang benar-benar berminat boleh bersedia dari segi dokumen dan kelayakan pinjaman. Unit RUMAWIP sangat terhad — tambahan pula ada kuota Bumiputera dan bukan Bumiputera. Jadi, pembeli yang sudah lengkap dokumen dan lulus semakan awal loan lebih mudah dapat peluang miliki unit.
Bagi pembeli rumah pertama yang layak di bawah skim pinjaman 100% (Skim Rumah Pertamaku), tak perlu bayar duit pendahuluan — tapi perlu diingat, bank pun ada kuota. Kadang-kadang, walaupun layak, pinjaman hanya diluluskan 90% bergantung pada bank dan skor kredit (CTOS/CCRIS).
3️⃣ Kenapa ada yang kecewa bila tunggu “official launch”?
Ramai pembeli sangka lebih baik tunggu galeri jualan siap atau projek naik di portal rasmi baru nak daftar. Tapi bila sampai masa itu, kebanyakan unit sudah “standby” untuk mereka yang dah hantar dokumen awal kepada agensi pemasaran sah.Akhirnya, mereka yang tunggu lambat terpaksa masuk senarai menunggu (waiting list).
4️⃣ Penting: Agensi sah tak boleh ambil bayaran dari pembeli
Proses permohonan RUMAWIP dan pinjaman perumahan tidak dikenakan sebarang caj oleh agensi.Kalau ada ejen yang minta bayaran atau “duit proses”, jangan percaya. Semua bayaran hanya dibuat terus kepada pemaju, dan itu pun tertakluk kepada prosedur setiap projek. Ada projek yang perlukan booking fee, ada juga yang hanya buat pendaftaran tanpa bayaran (bergantung kepada pemaju, bukan urusetia RUMAWIP).
✅ Kesimpulan: Kalau anda memang serius nak miliki rumah pertama di bawah skim RUMAWIP, jangan tunggu sampai portal rasmi naik baru nak bertindak. Sebaliknya, buat persediaan awal — semak kelayakan pinjaman, sediakan dokumen, dan daftar awal dengan agensi yang sah.Langkah kecil ini boleh jadi beza antara “dapat unit” atau “masuk waiting list”.
Laman Web untuk remak senarai RUMAWIP yang dah Lancar atau Akan Datang (Tiada sebarang caj): 👉 👉 www.residensiwilayahpersekutuan.com
📩 Call to Action: Daftar Minat Sekarang (Kenapa Projek RUMAWIP Selalu Cepat Habis)
Jika anda sedang mencari projek RUMAWIP yang bakal siap antara 2027-2029, daftar minat anda hari ini.
Pasukan kami yang dilantik oleh pemaju akan bantu:
Semak kelayakan pembelian rumah pertama (SRP)
Sediakan dokumen untuk semakan awal pinjaman
Maklumkan terus bila projek rasmi dibuka untuk tempahan
👉 Contact Konsultan kita di sini: [Hubungi Kita] (Tiada sebarang bayaran dikenakan — kami bantu anda dari awal hingga berjaya dapat unit.) atau Lihat Laman Web di bawah
📖 Senarai Projek Residensi Wilayah (Rumawip) dan Rumah Selangor: www.residensiwilayahpersekutuan.com
Projek RUMAWIP belum launch tapi dah full? 😮
Bukan sebab orang dalam — tapi sebab yang standby awal dah sedia dokumen dan semak kelayakan lebih awal.
Jangan tunggu portal baru nak daftar.








Comments