
Apa Itu Residensi MADANI?
Panduan Lengkap Rumah Mampu Milik di Kuala Lumpur & Putrajaya
Syarat kelayakan tertakluk kepada garis panduan dan ketetapan semasa program Residensi MADANI.
Apa Itu Residensi MADANI?
Residensi MADANI merupakan inisiatif perumahan mampu milik yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang layak untuk memiliki kediaman berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.
Program ini memberi tumpuan kepada penyediaan rumah mampu milik di lokasi terpilih, termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan pelbagai jenis projek, saiz kediaman dan kemudahan bergantung kepada projek masing-masing.
Setiap projek Residensi MADANI mempunyai syarat kelayakan, harga, spesifikasi dan proses permohonan yang tersendiri.
Syarat-Syarat Kelayakan Residensi MADANI
Syarat kelayakan tertakluk kepada garis panduan dan ketetapan semasa program Residensi MADANI.

Bagaimana Cara Memohon Residensi MADANI?
Proses permohonan boleh dibahagikan kepada 4 langkah utama:
① Lawati Galeri & Dapatkan Penerangan
Datang ke galeri untuk mendapatkan penerangan A–Z mengenai projek, termasuk harga, jenis unit, kelayakan, pembiayaan, proses permohonan dan dokumen yang diperlukan.
② Sahkan Minat & Mulakan Permohonan
Selepas anda membuat keputusan untuk meneruskan, kami akan membantu anda membuat persediaan dan menghantar permohonan pembiayaan (loan approval) serta permohonan kepada JWP.
③ Loan & JWP Diluluskan → Proses Balloting
Selepas kedua-dua kelulusan diperoleh, barulah pembeli boleh meneruskan ke proses pemilihan / balloting unit mengikut prosedur projek.
④ Tandatangan SPA & Loan Agreement
Selepas unit berjaya diperoleh, pembeli akan meneruskan proses menandatangani Sale & Purchase Agreement (SPA) dan Loan Agreement (LA).
Nota: Proses dan tempoh permohonan mungkin berbeza mengikut projek. Semua permohonan adalah tertakluk kepada syarat, kelulusan dan prosedur pihak berkuasa serta pihak berkaitan.
📄 Dokumen Yang Diperlukan
Selepas memilih projek, pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan melalui Portal Residensi MADANI. Dokumen yang diperlukan bergantung kepada status pemohon, pasangan dan sama ada terdapat penama kedua.Selepas memilih projek, pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan melalui Portal Residensi MADANI. Dokumen yang diperlukan bergantung kepada status pemohon, pasangan dan sama ada terdapat penama kedua.
👤 Dokumen Pemohon
-
Surat Akuan Sumpah
-
Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemohon
-
Penyata gaji 3 bulan terkini
atau penyata bank 3 bulan terkini bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji -
Laporan CCRIS
-
Surat Pengesahan Majikan Terkini
atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri -
Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya
-
Salinan Kad OKU Pemohon (jika berkaitan)
-
Salinan Perjanjian Jual Beli / Geran Hartanah (jika berkaitan)
👩❤️👨 Jika Pemohon Sudah Berkahwin
Dokumen pasangan:
-
Laporan CCRIS pasangan
-
Penyata gaji 3 bulan terkini pasangan atau penyata bank 3 bulan terkini jika tiada slip gaji
-
Salinan MyKad / Pasport pasangan
-
Surat Pengesahan Majikan Terkini pasangan
atau surat akuan sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja / Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri -
Sijil Kelahiran / MyKid anak
-
Salinan Kad OKU pasangan / anak (jika berkaitan)
-
Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
-
Salinan Perjanjian Jual Beli / Geran Hartanah pasangan (jika berkaitan)
👤 Jika Menggunakan Penama Kedua
-
Laporan CCRIS penama kedua
-
Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
-
Salinan Sijil Kelahiran Penama Kedua
-
Salinan Kad Pengenalan Penama Kedua
-
Penyata gaji 3 bulan terkini penama kedua
atau penyata bank 3 bulan terkini jika tiada slip gaji.
Penting: Dokumen sokongan hendaklah dimuat naik melalui Portal Residensi MADANI dan tidak boleh dihantar melalui e-mel. Pemohon perlu memuat naik dokumen dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pendaftaran akaun, dan permohonan yang lengkap sah selama 12 bulan dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik.
Harga & Ciri-Ciri Residensi MADANI
.png)
RM200K+*
*Bergantung kepada projek
.png)
750 kps minimum*
Kebanyakan sekitar 800 kps

3 bilik + 2 bilik air*
*Tertakluk kepada projek
Kemudahan komuniti
*Tertakluk kepada projek



