Residensi Wilayah (RUMAWIP) adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka.
RUMAWIP merupakan program rumah mampu milik oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap di Wilayah Persekutuan untuk membeli rumah pertama mereka.
Program ini memfokus kepada semua kawasan Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sebanyak 80,000 unit Residensi Wilayah dirancang untuk dibina di Wilayah Persekutuan dalam tempoh 10 tahun dari 2019 hingga 2028, menurut laman web rasminya.
Bagi kebanyakan pembeli rumah pertama, ini merupakan peluang keemasan untuk anda mencari dan memilih rumah pertama anda.
Jika anda tidak tahu untuk mula di mana atau masih tertanya-tanya akan apa itu RUMAWIP, kami telah menyenaraikan semua maklumat yang diperlukan untuk garis panduan anda.
9 Perkara Yang Anda Harus Ketahui Mengenai Residensi Wilayah/RUMAWIP
1) Apakah kriteria untuk pemohon Residensi Wilayah (RUMAWIP)?
Pemohon RUMAWIP mestilah warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Dilahirkan, bekerja atau tinggal di mana-mana kawasan Wilayah Persekutuan semasa membuat permohonan.
Pendapatan kasar isi rumah (termasuk gaji, komisen dan elaun lain) untuk pemohon individu (bujang) tidak boleh melebihi RM10,000 sebulan. Bagi pemohon bersama iaitu suami isteri, gabungan pendapatan kasar tidak boleh melebihi RM15,000 sebulan.
Pesara dibenarkan untuk memohon, tertakluk kepada terma dan syarat.
Tidak boleh memiliki rumah di mana-mana kawasan di Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun, pemilikan rumah warisan dibenarkan.
2) Syarat-syarat kelayakan pendapatan Residensi Wilayah (RUMAWIP)
Pendapatan isi rumah kasar bagi pemohon individu (bujang) hendaklah tidak melebihi RM10,000/bulan manakala bagi pemohon yang telah berkahwin hendaklah tidak melebihi RM15,000/bulan (Suami dan Isteri). Kedua-dua suami dan isteri boleh memohon untuk RUMAWIP. Namun begitu, hanya satu tawaran akan diberikan bagi setiap isi rumah.
3) Kategori rumah yang ditawarkan oleh Residensi Wilayah (RUMAWIP)
Hanya 1 Type untuk 3 bilik yang merupakan dalam bentuk rumah berstrata.
4) Jenis dan harga rumah yang ditawarkan oleh Residensi Wilayah (RUMAWIP)
Terdapat 3 jenis rumah yang ditawarkan:
Lokasi Residensi Wilayah (RUMAWIP) di Malaysia
Lokasi Residensi Wilayah memang strategik. Kebanyakannya berhampiran dengan pengangkutan awam dan berada di kawasan berpenduduk ramai.
Contohnya, Rumawip KL, Rumawip di Sg Besi, dan Rumawip di Setapak. Kawasan-kawasan ini bukan sahaja berada di dalam kejiranan yang matang, tetapi juga berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
5) Residensi Wilayah (RUMAWIP) dijual di bawah harga pasaran
RUMAWIP dijual di bawah harga pasaran. Unit yang dijual pada harga RM 300,000 mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi, dan satu ruang letak kereta.
Selain itu, terdapat juga kemudahan seperti kolam renang, gimnasium dan taman permainan.
Oleh kerana unit-unit ini dibina pada susun atur strategik dengan akses yang mudah, ia pasti akan membantu pembeli berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kehidupan yang selesa.
6) Adakah saya perlu membayar deposit?
Pemohon yang berjaya memperoleh unit Residensi Wilayah perlu membayar pemaju deposit sebanyak 10% dari jumlah harga unit. Selepas itu, mereka akan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA).
Program ini tidak menawarkan sebarang bantuan dana. Oleh itu, pemohon bebas memilih pinjaman perumahan mereka. Anda juga tidak perlu membayar yuran tempahan!
7) Bolehkah pemaju mengutip yuran tempahan sebelum penandatangan SPA?
Pemaju tidak boleh mengutip apa-apa wang daripada pemohon sebelum penandatangan Perjanjian Jual Beli, kerana ini akan melanggar Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1989.
Untuk membuat aduan mengenai perkara ini, kunjungi Sistem Aduan Bersepadu Jabatan Perumahan Negara hari ini.
8) Bolehkah saya membatalkan permohonan Residensi Wilayah dan memilih projek lain?
Sekiranya status permohonan adalah “Tidak Lengkap” atau “Lengkap”, pemohon dibenarkan membatalkan permohonannya untuk memilih projek yang lain. Sila klik “dokumen sokongan” di papan pemuka dan pilih “batalkan aplikasi”.
Sekiranya status permohonan adalah “Semakan Urus Setia” atau “Layak Ditawar”, pemohon harus menghantar e-mel mengenai sebab pembatalan tersebut kepada
urusetiaresidensiwilayah@kwp.gov.my, bersama dengan butiran diri berikut:
Nama penuh
NRIC
Nama projek
Sebab pembatalan
Sekiranya pemohon telah menerima surat tawaran, dia perlu menghubungi pemaju projek Residensi Wilayah untuk membatalkan permohonan tersebut.
9) Bolehkah saya menjual dan / atau menyewa unit Residensi Wilayah (RUMAWIP) saya?
Kementerian Wilayah Persekutuan memberi kelonggaran kepada pemilik RUMAWIP untuk menyewakan hartanah mereka kepada pihak ketiga. Anda boleh menyewa unit anda hanya kepada penyewa tempatan.
Walau bagaimanapun, moratorium 10 tahun akan dikenakan dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
Semasa tempoh moratorium 10 tahun, rumah yang dibeli tidak boleh dipindah atau dijual kepada pemilik baharu.
Sekiranya anda melepasi syarat kelayakan RUMAWIP, hantarkan permohonan dan dokumen sokongan dengan secepat mungkin. Mulakan pendaftaran hari ini kerana ini mungkin peluang untuk anda memiliki rumah pertama anda pada harga yang berpatutan!
Hubungi Agent yang berkenaan untuk setiap projek rumawip. (Tiada sebarang caj)
Comments