Bila Nak Ada Rumah Sendiri? Ramai Mula Cari Rumah Mampu Milik di Gombak Lepas Raya.
- 1 day ago
- 3 min read

Setiap kali menjelang Hari Raya, ramai antara kita akan pulang ke kampung, berjumpa keluarga, saudara mara dan rakan lama. Dalam suasana yang penuh kegembiraan itu, biasanya akan muncul satu soalan yang sangat biasa didengar.
“Bila nak ada rumah sendiri?”
Bagi sesetengah orang, soalan ini mungkin sekadar gurauan. Tetapi bagi ramai yang sedang menyewa atau masih mencari rumah yang sesuai, soalan ini kadang-kadang membuatkan kita berfikir dengan lebih serius tentang masa depan.
Adakah sudah tiba masanya untuk memiliki rumah sendiri?
Kenapa Ramai Orang Tunggu Lepas Raya Baru Beli Rumah?
Menariknya, ramai orang sebenarnya mula serius mencari rumah selepas Hari Raya. Ini bukan kebetulan.
Selepas Raya, ramai mula menyusun semula perancangan hidup mereka. Ada yang mula fikir tentang kestabilan kewangan, masa depan keluarga, dan juga keinginan untuk memiliki tempat tinggal sendiri.
Selain itu, sebelum Raya biasanya ramai yang sibuk dengan persiapan seperti balik kampung, membeli baju raya, memberi duit raya dan pelbagai perbelanjaan lain. Jadi ramai memilih untuk menangguhkan keputusan besar seperti membeli rumah sehingga selepas sambutan Raya selesai.
Apabila semuanya kembali tenang selepas Raya, barulah ramai mula melihat pilihan rumah yang ada di pasaran.
Mencari Rumah Yang Sesuai Bukan Perkara Mudah
Hakikatnya, mencari rumah yang sesuai bukanlah perkara yang mudah.
Ramai pembeli menghadapi beberapa persoalan seperti:
Harga rumah semakin tinggi
Tidak pasti projek mana yang sesuai
Tidak tahu sama ada layak memohon atau tidak
Risau membuat keputusan yang salah
Disebabkan itu, ramai mengambil masa yang agak lama sebelum benar-benar membuat keputusan untuk membeli rumah.
Namun begitu, kadang-kadang peluang yang baik datang pada masa yang tidak dijangka.
Rumah Mampu Milik di Gombak-Flora Hijauan Residence
Ada Projek Yang Masih Menawarkan Harga Lebih Rendah Daripada Pasaran
Di kawasan Gombak dan sekitar Kuala Lumpur, kebanyakan projek baharu kini bermula pada harga yang agak tinggi.
Namun masih terdapat beberapa projek tertentu yang menawarkan harga yang lebih rendah berbanding pasaran terbuka, terutamanya projek yang dibangunkan di atas Tanah Rezab Melayu (FREEHOLD)
Salah satu projek yang sedang mendapat perhatian di kawasan ini ialah Flora Hijauan di Melati–Gombak-Freehold
Projek ini menawarkan harga bermula sekitar RM250,000, yang dianggap sangat kompetitif berbanding kebanyakan projek baharu di kawasan sekitar.
Saiz Rumah Yang Lebih Praktikal Untuk Keluarga Kecil
Sebagai contoh, unit Type A (Selangorku) di Flora Hijauan mempunyai keluasan 621 sqft dengan 2 bilik tidur dan 1 bilik air.
Jika dibandingkan dengan banyak projek baharu lain yang hanya menawarkan keluasan sekitar 450 sqft hingga 550 sqft, saiz ini sebenarnya lebih praktikal untuk pasangan muda atau keluarga kecil. Bulanan tak sampai RM1,000.
Unit ini juga direka khas untuk pembeli Rumah Pertama, supaya lebih ramai orang berpeluang memiliki kediaman sendiri.
Selain itu, terdapat juga unit Type B (818sf) dan Type C 848sf) yang mempunyai 3-4 bilik tidur dengan keluasan yang lebih besar.
Walaupun unit ini berada dalam kategori kondominium persendirian, harga yang ditawarkan masih sekitar 30% lebih rendah berbanding pasaran terbuka di kawasan sekitar.

Lokasi Yang Memudahkan Kehidupan Harian
Selain harga yang menarik, lokasi juga memainkan peranan penting dalam memilih rumah.
Flora Hijauan terletak berhampiran dengan LRT Gombak Station (550m) dan Terminal Bersepadu Gombak, yang memudahkan pergerakan ke Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
Tambahan pula, pembangunan East Coast Rail Link pada masa akan datang juga dijangka memberi lebih banyak kemudahan pengangkutan kepada penduduk di kawasan ini.
Akses ke lebuh raya utama seperti MRR2 (Middle Ring Road 2) juga menjadikan perjalanan harian lebih mudah.
Kadang-Kadang, Langkah Pertama Itu Yang Paling Penting
Memiliki rumah sendiri bukan sekadar tentang membeli hartanah. Ia adalah satu langkah penting dalam merancang masa depan yang lebih stabil.
Hari Raya sering menjadi masa untuk kita menilai semula perjalanan hidup dan memikirkan langkah seterusnya.
Mungkin tahun ini adalah masa yang sesuai untuk sekurang-kurangnya mula melihat pilihan yang ada.
Kerana kadang-kadang, keputusan kecil yang dibuat hari ini boleh membawa perubahan besar pada masa depan.
📩 Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek Flora Hijauan atau ingin semak kelayakan:
Tiada Sebarang Booking Fee atau Processing Fee (FOC).
Gallery Photo















































Comments