Rumah Pertama KL: RUMAWIP Mont Kiara (Malay Reserve) - RM300k
- casey low
- Sep 29
- 2 min read

Bagi Ramai Anak Muda, mencari rumah pertama di Kuala Lumpur bukan perkara mudah. Harga kondominium di kawasan bandar seperti Mont Kiara biasanya mencecah RM600k hingga RM1 juta, membuatkan ramai rasa mustahil untuk memiliki rumah sendiri.
Namun, berita baik untuk pembeli Bumiputera – projek RUMAWIP Mont Kiara bakal dilancarkan dan menawarkan peluang memiliki rumah di lokasi prestij dengan harga RM300,000 nett sahaja.
Kenapa Pilih RUMAWIP Sebagai Rumah Pertama?
RUMAWIP ialah skim Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan, khas untuk warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah sederhana. Ia direka untuk membantu pembeli muda dan pasangan baru berkahwin memiliki rumah pertama di kawasan bandar dengan harga mampu milik.
Kelebihan memilih RUMAWIP:
Harga lebih rendah berbanding kondominium swasta.
Lokasi strategik dalam kawasan bandar.
Kemudahan kondominium lengkap.
Butiran Projek RUMAWIP Mont Kiara
📍 Lokasi: Mont Kiara (Malay Reserve Land, khas untuk Bumiputera)
🔑 772 unit | 830 sq.ft. | 3 Bilik Tidur + 2 Bilik Air
🏢 2 Blok | 30–31 Tingkat | 13 Unit setiap tingkat
🚪 3+1 Lif per blok
🌳 Lengkap dengan fasiliti kondominium
🛍️ 1 KM ke Plaza Mont Kiara
💰 Harga: RM300,000 nett sahaja
📅 Projek ini dijangka dibuka untuk tempahan pada hujung tahun 2025.
Kenapa Lokasi Mont Kiara Menarik?
Mont Kiara terkenal sebagai kawasan premium di Kuala Lumpur, dengan komuniti antarabangsa, pusat membeli-belah, restoran mewah dan sekolah antarabangsa. Memiliki rumah di kawasan ini biasanya memerlukan bajet besar, tetapi dengan adanya projek RUMAWIP Mont Kiara, Bumiputera kini ada peluang untuk memiliki rumah di alamat prestij pada harga mampu milik.
Tips Sebelum Membeli Rumah Pertama KL
✅ Pastikan anda Warganegara Malaysia, Lahir, Tinggal atau Kerja di KL.
✅ Rumah Pertama di Wilayah Persekutuan, KL. ✅ Isteri/ Suami tiada rumah di KL
✅ Pendapatan isi rumah RM10,000 (Bujang) atau RM15,000 (Kahwin)
✅ Kira bajet & semak kelayakan pinjaman (maksimum 35% dari gaji bersih). (Lepas tolak EPF & Comitment Bank) Min 2700 (Single) atau 3500 (Khawin)
✅ Pastikan anda layak untuk skim RUMAWIP
✅ Bandingkan projek sekitar kawasan sebelum buat keputusan.
Kesimpulan
Jika anda sedang mencari rumah pertama di Kuala Lumpur, projek RUMAWIP Mont Kiara adalah peluang yang tidak patut dilepaskan. Dengan harga hanya RM300k nett, anda boleh memiliki rumah sendiri di lokasi prestij yang biasanya berharga dua kali ganda lebih tinggi.
👉 Pra-daftar sekarang untuk dapatkan info terkini & peluang awal sebelum pelancaran rasmi hujung 2026!
👉 Mont Kiara Registration Form 2025 (Tiada caj)






Comments