top of page

Aman Madani Permaisuri Cheras: 3,438 Unit Rumah Mampu Milik di Kuala Lumpur

Aug 8, 2025
3 min read

Updated: Aug 31

Model Residensi Aman MADANI dipamerkan pada Majlis Pecah Tanah Residensi Aman MADANI di Bandar Sri Permaisuri di Kuala Lumpur. pada 6.8.2025
Model Residensi Aman MADANI dipamerkan pada Majlis Pecah Tanah Residensi Aman MADANI di Bandar Sri Permaisuri di Kuala Lumpur. pada 6.8.2025

Written by Casey Low

Property Consultant | Affordable Housing Specialist

15+ Years of Experience in Residensi Wilayah (RUMAWIP), Rumah Selangor (LPHS) & Affordable Housing

Published: 8 August 2025

Last Updated: 31 August 2026


Update 2026

Artikel ini pada asalnya diterbitkan berdasarkan pengumuman pembangunan Residensi Aman MADANI di Bandar Sri Permaisuri pada Ogos 2025.

Projek yang kini dikenali sebagai Aman Madani Permaisuri Cheras menawarkan kediaman Residensi Wilayah (RUMAWIP) pada harga RM300,000, dengan unit sekitar 900 kaki persegi, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan balkoni.

Maklumat seperti jumlah keseluruhan 3,438 unit dan pembangunan tiga fasa di bawah merujuk kepada pelan pembangunan yang diumumkan ketika majlis pecah tanah pada tahun 2025.


KUALA LUMPUR – Danau Lumayan Sdn Bhd yakin bahawa projek Residensi Wilayah Aman Lumayan (Tukar Name ke Aman Madani) akan memberi impak besar dalam meningkatkan kadar pemilikan rumah khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di Lembah Klang.

Menurut Pengarah Urusan syarikat, Shahril Reza Shaheen, projek perumahan mampu milik ini merangkumi 3,438 unit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.01 bilion, terletak di lokasi strategik Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

"Projek ini akan dibangunkan dalam tiga fasa, iaitu Fasa 1, Fasa 2A dan Fasa 2B, dengan jangkaan keseluruhan pembinaan siap dalam tempoh lima tahun," katanya.

Menariknya, pembangunan ini dimulakan dengan Fasa 2B, yang merangkumi Residensi Wilayah setinggi 55 tingkat, dengan 26 unit di setiap aras. Reka bentuk bangunan yang berbentuk ‘Y’ menjadi keunikan utama projek ini, membolehkan setiap unit menikmati pemandangan terbuka tanpa berhadapan terus dengan unit lain.

Majlis pecah tanah bagi projek ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.


Bagi Fasa 2A, bangunan setinggi 50 tingkat akan dibangunkan, manakala Fasa 1 setinggi 43 tingkat. Semua unit kediaman ditawarkan pada harga RM300,000 seunit.


Lokasi projek turut menjadi tarikan utama kerana terletak kurang 500 meter dari Cadangan Jajaran Laluan Lingkaran **MRT3 Stesen Sri Permaisuri**, sekali gus memudahkan akses pengangkutan awam.


"Dengan lokasi yang strategik, pembeli tidak perlu risau mengenai isu parkir kerana kawasan ini memiliki akses mudah kepada kemudahan pengangkutan awam," kata Shahril Reza.

Tambahnya lagi, persekitaran projek turut dikelilingi oleh pelbagai kemudahan penting seperti Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Stadium Cheras, balai polis, dan Taman Tasik Permaisuri, menjadikannya lokasi yang ideal untuk didiami.


Residensi Wilayah Aman Lumayan juga menawarkan pelbagai kemudahan dalaman demi keselesaan penghuni, antaranya kolam renang dan kolam kanak-kanak bertemakan taman, dewan serbaguna, surau, serta kawalan keselamatan 24 jam. Menariknya, projek ini turut menyediakan 18 gerai penjaja Madani, membuka peluang keusahawanan kepada komuniti tempatan.

Mengulas mengenai teguran Perdana Menteri berhubung keperluan kemudahan asas seperti sekolah, Shahril Reza memaklumkan bahawa pihaknya bersedia bekerjasama dengan kerajaan.


"Kami menyambut baik pandangan Perdana Menteri dan akan mengadakan pertemuan pada hari Isnin ini untuk membincangkan perkara tersebut secara lebih terperinci," ujarnya.


👉 Click in to Register /Klik masuk untuk mohon to secure a unit ! No charges Fee !

----------------------------------------------------------------------------- from BH online


Residensi Wilayah @ Bandar Sri Permaisuri

Location: Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Total Units: 3,438 (3 block)

Development Period: 4- 5 years (3 phases: Fasa 1, 2A, 2B)

Phase Started: Fasa 2B (55-storey tower, 26 units per floor)

Layout Size: 900sf (3room x 2baths x Balcony)

Prices: RM300,000 nett


Key Highlights:

  • Unique Y-shaped building design ensures each unit has its own view without facing another unit.

  • Located near major amenities:

    • HCTM (Hospital UKM)

    • Stadium Cheras

    • Balai Polis

    • Taman Tasik Permaisuri

    • Future MRT 3 - Sri Permaisuri Station

  • Strong connectivity with public transport access, reducing parking concerns.


Facilities:

  • Swimming pool & theme-park-style children’s pool

  • Multipurpose hall

  • Surau

  • 24-hour security

  • 18 Madani hawker stalls to support local entrepreneurs


Government Engagement:

  • Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim officiated the groundbreaking ceremony.

  • Developer welcomes the PM’s feedback on improving access to basic facilities like schools and will be meeting him for discussion.


✨ Now Open for Registration!

📲 Berminat? Klik bawah untuk daftar

👉 Click in to Registration/ klik masuk untuk pemohonan to secure a unit !


📞 Interested in Aman Madani Permaisuri Cheras?

For the latest project information, Residensi Wilayah eligibility and initial loan checking:

Initial checking is provided without charge.




 
 
 

Comments


bottom of page