top of page

🏡 RUMAWIP vs Rumah Selangorku: Mana Lebih Sesuai Untuk Anda?

  • May 12
  • 2 min read

Di Malaysia, dua skim perumahan mampu milik yang paling popular ialah RUMAWIP dan Rumah Selangorku.

Ramai yang keliru —

👉 Mana lebih murah?

👉 Mana lebih senang lulus?

👉 Mana lebih sesuai untuk tinggal atau pelaburan?


Artikel ini akan bantu anda faham perbezaan sebenar, supaya anda boleh buat keputusan dengan lebih yakin.


Ramai pembeli rumah pertama ingat bila harga rumah murah = mudah lulus loan. Tetapi realitinya sekarang, ramai masih sangkut dekat bahagian: RUMAWIP vs Rumah Selangorku

❌ Gaji tak cukup selepas tolak EPF

❌ Commitment bank terlalu tinggi

❌ CCRIS / PTPTN

❌ Bank kira Debt Service Ratio (DSR) ketat

Ini yang ramai tak tahu sebelum apply.


📊 Perbandingan Ringkas

Kriteria

RUMAWIP

Rumah Selangorku

Lokasi

Kuala Lumpur

Selangor

Harga

RM300K nett

RM250K - RM280K

Saiz

± 800 - 900 sqft

± 550 – 1,100 sqft

Pegangan

Leasehold / Freehold

Kebanyakan Leasehold

Kelayakan Pendapatan

Hingga RM15K

Hingga RM14.5K

Sekatan Jual

10 tahun

5 tahun

📍 1. Lokasi & Akses

RUMAWIP

  • Terletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan KL

  • Kebanyakan projek dekat:

    • MRT / LRT

    • Pusat bandar

    • Kawasan kerja

👉 Sesuai untuk yang bekerja di KL dan nak kurangkan masa travel


Rumah Selangorku

  • Terletak di seluruh Selangor:

    • Puchong

    • Shah Alam

    • Semenyih

    • Rawang

👉 Lebih banyak pilihan kawasan, tapi mungkin lebih jauh dari KL


💰 2. Harga & Komitmen Bulanan

RUMAWIP

  • Harga: ± RM300K

  • Anggaran ansuran: ± RM1,400 / bulan

👉 Lebih tinggi, tapi lokasi premium / Amenities / Easy Access


Rumah Selangorku - RUMAWIP vs Rumah Selangorku

  • Harga serendah RM42K (Type A) - Kurang dalam pasaran sekarang

  • Biasa RM180K – RM280K

  • Ansuran boleh serendah RM700

👉 Lebih ringan untuk first-time buyer


📐 3. Saiz & Susun Atur

  • RUMAWIP

    • Lebih compact

    • 3 bilik 2 bilik air (Balkoni atau Tiada)

    • Saiz antara 800-900sf

    • 1 parking covered

    • Ada Condo Facilities

    • Fokus urban living


  • Rumah Selangorku

    • Lebih besar

    • 3 bilik 2-3 bilik (Balkoni)

    • Saiz antara 550 - 1100 sf (tertakuk pd kawasan berdekatan dgn KL)

    • 1-2 parking

    • Sesuai untuk family


👉 Kalau nak ruang lebih → Selangorku

👉 Kalau nak lokasi → RUMAWIP


📊 4. Potensi Pelaburan

RUMAWIP

✔ Lokasi KL

✔ Dekat pengangkutan

✔ Permintaan sewa tinggi

👉 Lebih sesuai untuk rental income & capital appreciation


Rumah Selangorku

✔ Harga rendah

✔ Pegangan jangka panjang

👉 Lebih sesuai untuk:

  • Duduk sendiri

  • Simpan aset jangka panjang


⚠️ 5. Sekatan & Syarat

  • RUMAWIP

    • Tidak boleh jual dalam 10 tahun

  • Rumah Selangorku

    • Tidak boleh jual dalam 5 tahun

👉 Ini penting kalau anda plan nak “flip” property


🎯 Mana Lebih Sesuai Untuk Anda?

👉 Pilih RUMAWIP jika:

  • Kerja di KL

  • Nak dekat MRT / LRT

  • Fokus sewa atau pelaburan


👉 Pilih Rumah Selangorku jika:

  • Nak komitmen rendah

  • Nak rumah lebih besar

  • Fokus untuk duduk sendiri


💡 Kesimpulan

Tiada jawapan “mana lebih baik” — Yang penting ialah mana lebih sesuai dengan situasi anda sekarang.

✔ Bajet

✔ Lokasi kerja

✔ Tujuan (duduk / simpan / sewa)

Semua ini akan tentukan pilihan terbaik.


📩 Nak Tahu Projek Mana Masih Ada Unit?

Saya boleh bantu anda:

  • Semak kelayakan

  • Cadangkan projek sesuai

  • Guide sampai dapat kunci


👉 info projek terkini di KL & Selangor (Survey Form)







Comments


bottom of page