Mulai hari ini pengguna individu baharu warganegara Malaysia boleh mendaftar akaun eCCRIS mereka dengan mudah dari rumah. Tidak perlu lagi datang ke Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pendaftran eCCRIS.
Mudah dan lebih selamat, bukan?
Ketahui lebih lanjut tentang penambahbaikan ini dan laporan CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.
--
Melalui laman web baharu kami: bnm.gov.my/ccris
--
Sistem ini mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.
Contoh maklumat yang direkodkan termasuklah bayaran ansuran PTPTN.
Tetapi CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak ya!
Apakah CCRIS Bank Negara Malaysia?
CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System) Elektronik yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia.
Dimiliki dan dikendalikan oleh BNM untuk memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.
CCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan menggabungkannya menjadi laporan kredit.
Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam).
Peminjam boleh mengakses laporan kredit mereka secara dalam talian menerusi eCCRIS tanpa bayaran.
Sebagai pengguna eCCRIS, anda boleh membuat semakan CCRIS online di mana sahaja dan bila-bila masa.
Tiada had ditetapkan untuk membuat semakan CCRIS online ini dan ianya percuma!
Siapa yang boleh mengakses Laporan eCCRIS?
Mana-mana peminjam individu atau syarikat untuk laporan kredit sendiri;
Mana-mana peminjam individu untuk laporan kredit perniagaan sendiri, iaitu milikan tunggal, perkongsian atau badan profesional;
Institusi kewangan, untuk sebarang permohonan kredit dan semasa menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada; dan
Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam.
Selain itu, Laporan CCRIS juga boleh dipohon bagi pihak:
syarikat, badan perniagaan atau profesional, oleh individu yang diberi kuasa oleh entiti;
peminjam yang telah meninggal dunia, oleh individu yang dilantik oleh Mahkamah.
Apakah Maklumat Didapati Melalui Semakan CCRIS Online?
Melalui semakan CCRIS online, anda akan mendapat Laporan Kredit CCRIS yang mengandungi maklumat kredit peminjam seperti berikut:
i) Kredit Belum Berbayar
Semua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:
nama sendiri;
akaun bersama dengan peminjam lain;
nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
nama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau
nama syarikat.
Kemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.
ii) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas
Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.
iii) Permohonan Kredit
Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.
Cara Baca Laporan CCRIS
Semua orang nak nombor ‘0’ dalam CCRIS. Kenapa?
Ini contoh laporan CCRIS. Setiap huruf dan nombor tu ada MAKSUD TERSIRAT!
Kenapa nak ‘0’ dalam rekod CCRIS?
0 – Tiada tunggakan
1 – Lewat 1 bulan
2 – Lewat 2 bulan
3 – Lewat 3 bulan
Jika tak bayar lebih dari 3 bulan, ada nama anda dah direkod dalam pemerhatian Akaun Perhatian Khas atau Special Attention Account (SAA)
Cuba ingat ada bayaran tertunggak tak? Kalau ada, jangan tangguhkan pembayaran, nanti nak apply loan memang susah pihak bank nak luluskan sebab rekod pembayaran dan CTOS score kita tak cantik.
Antara kod penting dalam laporan CCRIS yang perlu anda tahu adalah:
Kod 10 : Pinjaman hartanah
Kod 00 : Pinjaman Peribadi
Kod 00 : Kad kredit
Kod 30 : Pinjaman kereta code 30
Kod 23 : Pinjaman ASB loan
Kod 90 : Pinjaman pajak gadai
[Kod 00 ] adalah clean loan, pinjaman tidak ada pajakan seperti hutang personal loan & Kad kredit.
[Kod 10] adalah pinjaman rumah kediaman, dalam laporan CCRIS & CTOS akan tulis pinjaman perumahan Kod 10
Kepentingan Laporan Kewangan
Jika rekod dalam CCRIS menunjukkan si pemohon itu mempunyai rekod membayar balik pinjamannya dengan baik, barulah bank akan meluluskan permohonannya.
Namun jika kita tidak pernah mempunyai hutang, nama kita tidak timbul dalam CCRIS dan ia boleh menyukarkan kita apabila mahu memohon pinjaman pada masa depan.
Eh, kenapa pula ya?
Ini kerana, tanpa ada rekod dalam CCRIS, bank tidak tahu apakah kita seorang pembayar balik pinjaman yang berdisiplin ataupun sebaliknya.
Walau bagaimanapun, institusi kewangan peserta masing-masing mempunyai dasar tersendiri apabila memproses permohonan pembiayaan.
Keputusan pemberian pinjaman dan pembiayaan oleh institusi kewangan peserta bergantung pada maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk laporan kredit, kesanggupan mengambil risiko dan strategi perniagaan sesebuah institusi kewangan peserta.
CCRIS tidak semestinya merupakan sumber maklumat tunggal yang digunakan oleh institusi kewangan peserta untuk menilai kepercayaan kredit pemohon atau peminjam.
Sistem Informasi rujukan seperti CTOS (Credit Tip Off Service) juga memaparkan maklumat kewangan anda dengan melaporkan tunggakan hutang dengan pihak pemiutang (bukan dengan bank).
Contohnya;
i. Kedai perabot, barangan elektrik, atau apa-apa barangan bayaran ansuran (contoh : Courts, Singer) ii. Kedai motor iii. Bil dengan syarikat komunkasi iv. Syarikat-syarikat lain di mana anda berhutang dengan bayar secara ansuran atau menjadi penjamin yang tertunggak bayarannya
Cara Semakan CCRIS Online
Dari manakah saya boleh mendapatkan Laporan CCRIS?
Jika anda warganegara Malaysia yang mempunyai akaun perbankan dalam talian dan BELUM mendaftar sebagai pengguna eCCRIS, sila mendaftar secara dalam talian melalui portal eCCRIS.
Bagi lain-lain individu dan entiti, daftar untuk akses eCCRIS dengan menghantar Borang Permohonan CCRIS/eCCRIS berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK.
Daftar Account eCCRIS dengan Mudah:
Langkah 1
Muat turun Borang Permohonan di bnm.my/ccrisform
Langkah 2
Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:
1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
Langkah 3
Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform:
Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.
Dalam laporan akan tunjukkan maklumat penting2 seperti tunggakan. Kalau semua ‘0’, bagus dan cantik la tu. Kalau banyak nombor lain 1,2,3,4,5 maksudnya ada tunggakan.
BNMTELELINK LINK dan Pejabat BNM Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn, P.O Box 10922, 50929 Kuala Lumpur
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai semakan CCRIS online melalui sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut
Talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Comments