top of page
Search

Selain dari program Rumawip (Residensi Wilayah), masih terdapat program Rumah Selangorku?

YOUTUBE CARA APPLY RUMAH-SELANGORKU: https://youtu.be/2h5_ies76qM

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku?

Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas

  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan

  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D

  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan

  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor

Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan Rumah Selangorku?

Pemohon boleh mendaftar di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my


Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Rumah Selangorku?

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;

  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan

  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin

  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri

  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja

  • Penyata KWSP (jika ada)

  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS. website : https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!

Berapakah harga Rumah Selangorku?

Harga Rumah Selangorku adalah tidak melebihi RM250,000 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.


Berapakah keluasan Rumah Selangorku?

Keluasan Rumah Selangorku adalah diantara 700 kaki persegi hingga 1000 kaki persegi bergantung kepada jenis rumah.


Dimanakah lokasi Rumah Selangorku yang boleh dipohon?

Pemohon boleh menyemak senarai projek Rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my


Apakah yang patut saya lakukan apabila saya ‘LAYAK DITAWARKAN’ Rumah Selangorku?

Pemohon yang layak ditawarkan Rumah Selangorku, pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon dengan menghendaki pemohon mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS. Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.


Bolehkah saya mendaftarkan permohonan saya sedangkan projek Rumah Selangorku belum dilancarkan untuk jualan?

Pemohon boleh berdaftar bila-bila masa dan lokasi mengikut mukim yang dikehendaki walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.


Adakah permohonan saya disenaraihitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah Selangorku yang ditawarkan?

Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh 2 tahun.


Bagaimanakah proses pemilihan Rumah Selangorku diadakan?

Proses pemilihan Rumah Selangorku adalah berdasarkan sistem merit. Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.

465 views0 comments

Recent Posts

See All

Komentarai

Įvertinta 0 iš 5 žvaigždučių.
Kol kas nėra įvertinimų

Pridėti vertinimą

©2022 by Property Marketing Agency.

bottom of page